Search
Search
Kayuhan pertama aku dengan basikal lipat

Kayuhan pertama aku dengan basikal lipat

Akibat kesengketan duit untuk tiap-tiap minggu ride dengan motorsikal, aku decide beli basikal/beskal untuk hilangkan kebosanan aku pada hari minggu.

Pi kedai, jumpa la 1 beskal nie, jenis lipat atau orang panggil Folding Bike. Basikal nie kecil ja, body dia pun macam tak padan dengan saiz aku yang besar nie.

Tapi sebab dok pikir senang nak bawak balik dengan keta, jadi aku beli la.. brand china kot, tak sure la.. Garion, Rim 24 inci.. tayar jenis halus, macam tayar beskal racing. Tak tau la mampu ka beskal nie bawak aku jalan-jalan.

17 April 2016, aku mula praktis kayuh beskal nie.. dari rumah ke Kiosk Bertam, Jarak pi balik dalam 23KM. Penat sungguh, macam mana la aku nak kayuh gi penang kalau camnie.

Tapi cekalkan hati, 23 April 2016, 15 Rejab 1437, aku pun mulakan kayuhan pertama aku. Tepat 8 pagi, stretching sikit, lepas tu mula la kayuh pelan-pelan. Maka bermulalah perjalana pertama aku dengan beskal yang boleh kira jauh jugak la.

First signboard, menuju Pematang Sintok. Ambil gambar dulu senang nak jadikan rujukan nanti sebagai buah mula.

Next, jalan Pekan Darat Sg. Lokan.. tapi tak sampai sungai lokan, Masih tak decide jalan yang nak lalu.

Posing beskal depan sekolah, ada rumah-rumah orang dekat situ. Depa tengok semacam ja masa amik gambar, apa la agaknya lelaki obes nie dok buat depan sekolah.

Simpang 3 menuju ke feri, jauh lagi sebenarnya feri tu. Kita kayuh santai-santai sudah janji kayuh.

Berhenti sat dekat Padang MPSP Buterworth. Ada tim budak-budak sekolah dok praktis bola sepak. Rileks layan budak-budak ni dulu.

Laluan menuju feri, prepare RM1.40 untuk bayaran naik feri. Kalau motosikal RM2. Ingat basikal free ka?

Menunggu untuk naik feri. Kawan den ada cakap yang boleh guna laluan VIP (sebelah kiri) kalau naik beskal. Tapi den tak tahu, first time la katakan.

Jelas nyata sorang lelaki obess posing disamping beskal lipat yang tayarnya halus bak jari.

Turun dari feri, terus menuju lokasi, rumah kawan den yang belajar dan keja sekali. Ini kes tak tau nak pi mana punya hal.

Posing kat atas feri masa waktu balik, sedap juga sandal getah nie guna untuk kayuh pedal beskal.

Park jap ditepi pantai dekat dengan Pelabuhan Penang (Penang Port). Sebelum sampai ke RnR Bagan Ajam.

Waktu nie angin amat-amat kuat, tenaga pun dah makin kurang. Keletihan tak tau nak cakap dah macam mana. Hanya Allah saja yang tau.

Pedal patah masa aku gunakan berat badanku untuk dapatkan tujahan kayuhan. Badan yang obes dan basikal yang kecil molek, memang tak sesuai langsung.

Masa pedal patah, aku terbabas ke tengah jalan sikit, mujur tiada kereta dan sebijik motosikal berjaya mengelak.

Ujian dari Ilalhi untuk aku. Basikal aku tuntun hampir 1KM sebelum jumpa dengan 1 kedai basikal di area Teluk Air Tawar. Alhamdullilah.

Ujian kedua selepas pedal yang patah, tayar tetiba pancit. Terpaksa menuntun basikal lebih kurang 500 meter. Alhamdullilah ada kedai basikal berdekatan. Tahap putus asa hampir 80% dah pada waktu ni.

Syukur Alhamdullilah, akhirnya sampai juga ke rumah pada waktu hampir maghrib. Jam 7.14 petang. Betul-betul bersyukur.

Selepas sampai rumah, badan sakit-sakit tak tertahan dah. Rasa macam tak nak buat dah lepas nie. Tapi rasa puas juga dapat buat benda yang untuk aku, agak mustahil.Jarak yang direkod oleh GPS henset aku hampir 80km pergi balik.

Memang tak sangka obes-obes aku pun boleh buat benda camnie.

Sumber: http://hidupyangmati.blogspot.com/
Penulis: Diari Seorang Musafir

Kayuhan