Search
Search
Dari Bangkok ke Melaka kayuh basikal

Dari Bangkok ke Melaka kayuh basikal

Memasang impian memang mudah, orang kata berangan itu percuma. Namun untuk merealisasikannya perlukan keazaman yang tinggi dan tekad untuk mencapai impian seseorang itu.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan kisah seorang lelaki yang bernama Chap mengembara di Jerman dengan menaiki basikal selama tiga bulan.

Kisah Chap ini telah dikongsikan oleh Sham Hussain yang menemui sendiri insan berjiwa kental secara kebetulan ketika minum di gerai air kelapa.

Menurut Sham, Chap adalah seorang lelaki yang berusia 24 tahun dan berasal dari Melaka. Dia bertemu Chap ketika pemuda hebat ini dalam perjalan pulang ke Melaka dari Bangkok dengan menaiki basikal.

Wow, hebatnya mengayuh basikal pulang ke Melaka seorang diri pula tu!

Baru selesai jelajah Jerman naik basikal

Namun apa yang lebih menarik perhatiannya, ketika berbual Chap memberitahu dia baru habis siri jelajah mengayuh basikal di Jerman selama tiga bulan secara solo.

Berdasarkan apa yang diceritakan, Chap mula memasang impian dan merancang untuk mengembara dengan mengayuh basikal di Jerman ini sejak tiga tahun yang lalu. Dari situ dia mula menyimpan wang hasil gaji bekerja di kafe. Di tempat kerjanya ramai pelanggan dari Jerman dan Chap mula berkawan dengan mereka.

Tambahnya lagi, ketika berada di Jerman, kawan-kawannya banyak membantu dengan memberikan dia tumpang bermalam di rumah mereka. Selain itu banyak juga benda yang dia belajar sepanjang siri jelajahnya itu.

Memang nekad dan penuh semangat!

Kisah berbasikal dari Bangkok ke Melaka

Nak dijadikan cerita, ketika mahu pulang ke tanah air selepas siri jelajahnya, Chap nak beli tiket penerbangan terus ke Malaysia. Tapi harganya terlalu mahal, begitu juga ke Singapura.

Jadi dia ambil keputusan untuk pulang ke tanah air melalui penerbangan ke Bangkok dan mula kayuh basikal pulang ke Melaka. Ini kerana pada ketika itu tiket penumpang sekali kargo untuk basikalnya hanya itu sahaja yang agak murah.

Iktibar yang dapat diambil dari kisah ini

Dari kisah Chap ini, ada beberapa perkara yang dapat Sham pelajari. Berikut antaranya:

Memang respeklah dengan Chap ini. Betul-betul kental! Terima kasih kepada Sham kerana sudi berkongsikan kisah pemuda ini untuk dijadikan inspirasi buat semua.

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/
Penulis: Sham Hussain

Kayuhan